Menu Content/Inhalt
>>Laman Utama

Imej


Webmail

Daftar masuk

Undian Semasa

Rumah manakah yang akan mengungguli Kejohanan Olahraga Tahunan 2010?
 

Sindikasi Maklumat

Who's Online

We have 9 guests online

Jam Digital

Loading Clock...
MAC 2010
Written by SSP @ Cyberjaya   
Monday, 01 March 2010

Image

EKSPEDISI KEMANUSIAAN KE KEMBOJA

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya bersama-sama SMS Alam Shah, Kuala Lumpur  (ASIS) menganjurkan Ekspedisi Kemanusiaan Ke Kemboja mulai 16-21 Mac 2010. Seramai 10 orang murid bersama tiga guru SSP dan 20 murid dan empat guru ASIS akan menyertai ekspedisi berkenaan. Ekspedisi Kemanusiaan yang mendapat kerjasama Pejabat Sahibul Samahah Mufti Kemboja akan mengadakan beberapa program kemanusiaan di Kampung Chnnang. Selain bantuan kewangan, delegasi juga akan mengadakan program-program kebajikan di kampung berkenaan serta menyumbangkan bantuan-bantuan lain yang turut dibawa bersama-sama seperti pakaian dan barangan keperluan harian. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawanan dalam diri murid-murid serta memberi pendedahan sebenar hakikat kehidupan serta membantu meringankan beban dan penderitaan masyarakat Kampung Chnnang, Kemboja yang daif dan serba kekurangan. Pihak penganjur merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh ibu bapa serta penjaga murid-murid SSP dan ASIS serta pihak-pihak lain yang banyak membantu menjayakan ekspedisi kemanusiaan ini. 

 

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (HKSBP) ZON TENGAH

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Peringkat Zon Tengah mulai 11-14 Mac 2010 bertempat di SBPI Gombak. Dua acara utama yang akan dipertandingkan iaitu Pertandingan Bola Keranjang dan Bahas Piala Perdana Menteri (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris). Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya akan menyertai Pertandingan Bola Keranjang dan Bahas dengan penuh azam dan tekad untuk mempertahankan Kejuaraan yang diraih semasa HKSBP2009 iaitu Johan Bola Keranjang dan Juara Bahas Bahasa Inggeris. Warga SSP Cyberjaya mendoakan kejayaan pasukan Bola Keranjang, Bahas Bahasa Melayu & Bahas Bahasa Inggeris dengan penuh harapan semoga mereka dapat melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung di SMS Pasir Puteh, Kelantan mulai 3-8 Jun 2010. "1Azam,1Tekad & 1Pencapaian". 
 

TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengumumkan keputusan SPM2009 pada Khamis, 11 Mac 2010 seperti yang diumumkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Alimuddin Bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Calon SPM 2009 Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya boleh mengambil keputusan masing-masing mulai jam 11.00 pagi bertempat di DEWAN PERDANA PUTERI. Warga SSP mendoakan kejayaan cemerlang Batch Orion (2006-2009). Selamat Maju Jaya!
 

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-31 TAHUN 2010

ImageImage

ImageImage

ImageImage

ImageImage 
 
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-31 pada Sabtu, 6 Mac 2010. Semua ibu bapa dan penjaga murid serta alumni Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dengan hormatnya dipersilakan hadir. Kejohanan akan bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Stadium Mini SSP. Kejohanan Sukan Tahunan Ke-31 akan dirasmikan oleh Puan Fazidah Binti Abdullah, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Perwira Bintang Holdings Sdn Bhd. Markah mengikut Rumah untuk acara sebelum Kejohanan Olahraga iaitu Larian Siber dan Sukantara 1,2 dan 3 adalah seperti berikut :-
 

                     EMERALD    2209

                     SAPPHIRE   2153

                     TOPAZ         2150

                     RUBY           2117

 
Kejohanan Olahraga Tahunan bukan sahaja mempertandingkan acara-acara sukan tetapi juga Pertandingan Perbarisan, Maskot, Khemah Terbaik dan Kumpulan Sorak. Kehadiran ibu bapa , penjaga dan alumni SSP amat dihargai. Sabtu, 6 Mac 2010 adalah Hari Sekolah Ganti. Keputusan Akhir Kejohanan Sukan Tahunan Ke-31 adalah seperti berikut :-
 
JOHAN KESELURUHAN - RUMAH EMERALD
NAIB JOHAN - RUMAH TOPAZ
KETIGA - RUMAH RUBY
KEEMPAT - RUMAH SAPPHIRE
 
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas bantuan, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para ibu bapa serta penjaga demi memastikan Kejohanan Sukan Tahunan Ke-31, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya berlangsung dengan penuh kemeriahan. Tahniah untuk semua atas kerjasama dan kesungguhan menjayakan kejohanan olahraga pada tahun ini.
 
ImageImage

ImageImage

ImageImage

ImageImage
 
ImageImage

ImageImage

ImageImage

ImageImage
 

RUMAH TAMU SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dengan kerjasama, sokongan dan bantuan kewangan PIBG Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah menyediakan satu unit kediaman sebagai "Rumah Tamu". Rumah Tamu yang yang mempunyai empat bilik, tiga bilik air, ruang dapur, stor dan ruang tamu yang luas dilengkapkan dengan semua kemudahan asas seperti semua bilik berhawa dingin, televisyen, peti sejuk dan kelengkapan memasak. Empat buah bilik boleh menempatkan sebelas orang (11) dewasa dengan selesa (katil + tilam). Rumah Tamu ini boleh ditempah oleh ibu bapa dan ahli keluarga murid serta alumni SSP apabila diperlukan dengan menghantar makluman tempahan melalui emel kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau telefon 603-83192414 atau faksimili 603-83193937. Kadar caj dobi untuk semalam bagi satu rumah telah ditetapkan sebanyak RM100.00 (untuk upah mengemas rumah, bilik air dan bayaran utiliti). Rumah Tamu boleh ditempah untuk satu rumah atau bilik tertentu sahaja (kadar caj dobi mengikut bilik). Tempahan awal akan diberikan keutamaan. Objektif utama penyediaan Rumah Tamu ini ialah untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa murid, khususnya yang datang dari jauh untuk melawat dan bermalam bersama anak masing-masing. Penyediaan Rumah Tamu juga adalah bagi memenuhi harapan ibu bapa yang sering disuarakan dalam Mesyuarat Agung PIBG saban tahun. Warga SSP Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan PIBG yang sudi membiayai kos menyediakan kelengkapan untuk Rumah Tamu dan kepada pihak pentadbiran sekolah yang prihatin kepada keperluan para ibu bapa khususnya yang jauh. Tempahan penggunaan Rumah Tamu boleh dibuat mulai makluman ini dikeluarkan. 

 

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL1 TAHUN 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 boleh dimuat turun daripada Data & Maklumat > Muat Turun> Kurikulum. Harap maklum dan terima kasih.

Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 )