Menu Content/Inhalt
>>Laman Utama

Imej


Webmail

Daftar masuk

Undian Semasa

Harapan anda terhadap pemilihan SSP sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
 

Sindikasi Maklumat

Who's Online

We have 7 guests online

Jam Digital

Loading Clock...
FEB 2010
Written by SSP @ Cyberjaya   
Monday, 01 February 2010

Image

 

LAWATAN DELEGASI PENGETUA YANG BERKURSUS DI IAB

Delegasi 30 orang Pengetua yang sedang mengikuti kursus di IAB yang disertai oleh empat orang Pensyarah  IAB Induk mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada Khamis, 11 Februari 2010 mulai jam 9.00 hingga 1.00 tengahari. Objektif utama lawatan penanda aras ini ialah untuk melihat model pelaksanaan inisiatif dan kemudahan ICT yang terdapat di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Warga SSP @ Cyberjaya merakamkan ucapan ' Selamat Datang' kepada anggota rombongan.

 

22nd WORLD SCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia buat pertama kalinya menyertai 22nd World School Debating Championship 2010 yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada 8-19 Februari 2010. Seramai lima orang pendebat terpilih mewakili Malaysia iaitu Saudari Ameera Natasha Moore (Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya), Saudara Ahmad Hazim Bin Norahmadi (Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya), Saudari Allysha Michael (SMS Seri Puteri Kuala Lumpur), Saudari Shahira Yasmin Gul (SMK Convent Ipoh) dan Saudari Adelyn Teoh Gaik Ling (SMK Convent Ipoh). Warga SSP @ Cyberjaya mendoakan semoga pasukan Malaysia akan meraih kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. 

 

LARIAN SIBER 2010

Image  Image

Image  Image 

Image  Image 

Image  Image 

Image  Image 

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya menganjurkan 'Larian Siber 2010' pada Sabtu, 6 Februari 2010 di sekitar Cyberjaya. Sabtu adalah hari persekolahan menggantikan Cuti Tahun Baru Cina.  'Larian Siber 2010'  bermula jam 8.30 pagi. Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang berlangsung di Dewan Perdana Puteri. mulai jam 10.30 pagi. Y.Bhg. Datuk Seri Reezal Merican , Naib Yang Dipertua PIBG hadir sebagai Tetamu Kehormat/Pelepas dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah EMERALD  menjuarai Larian Siber 2010 diikuti oleh Rumah Sapphire, Topaz & Ruby. Rumah Emerald memperolehi 569 Mata, Rumah Sapphire 537 mata, Rumah Topaz 493 mata manakala Rumah Ruby 470 mata. Sekolah Seri Puteri , Cyberjaya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PDRM IPD Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang atas kerjasama dan bantuan yang diberikan demi memastikan keselamatan murid-murid. 

 

LIPUTAN EDUWEBTV SEKITAR SAMBUTAN DELEGASI SMAN1 PURWOREJO

Liputan EDUWEBTV  di Majlis Sambutan Delegasi SMAN 1 Purworejo, Jawa Tengah , Indonesia yang berlangsung pada Rabu, 27 Januari 2010 boleh dilayari di http://www.eduwebtv.com. Sila pilih BERITA 4 FEB mulai minit 08.27 - 11.49. Warga SSP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada EDUWEBTV

 

Last Updated ( Tuesday, 09 February 2010 )