PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan menganjurkan Program Keibubapaan Khas Untuk Ibu Bapa Murid Tingkatan 1 Ambilan 1 Tahun 2016. Program akan berlangsung di Dewan Perdana Puteri, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari pada Jumaat, 22 Januari 2016. Majlis akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Censolar – Hal Ehwal Pelajar, Univeriti Pertahanan Nasional Malaysia. Program ini dianjurkan khusus oleh PIBG bagi memberikan ruang dan peluang kepada ibu bapa murid Tingkatan 1 untuk memahami akan cabaran dan permasalahan yang akan dihadapi oleh anak-anak khususnya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di asrama. Ibu bapa/penjaga boleh membawa anak pulang bermalam Cuti Thaipusam, setelah selesai program ini. Kerjasama semua ibu bapa amat dihargai.