Bagi meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan murid, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menjalankan KEMPEN MENDERMA BUKU SERI PUTERI SIRI 1 SESI 2016. Diharapkan juga melalui program ini, puteri-puteri Seri Puteri dapat menambah pengetahuan dan maklumat serta berkongsi pengetahuan melalui pembacaan.

Kempen ini juga adalah bertujuan untuk menyokong program NILAM di peringkat sekolah. Ianya mensasarkan sebanyak 8000 buah buku dengan nisbah 1 murid 10 buah buku. Sumbangan buku boleh dalam pelbagai jenis sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah atau bukan ilmiah. Sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, boleh menghubungi guru perpustakaan dan media (GPM) Sekolah Seri Puteri, En. Muhamad Anuar Bin Haron di talian 017-6610584