Seri Puteri Innovation Carnival (SPIC) 2016, akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 16 & 17 November 2016
Hari : Rabu & Khamis
Pada 16 November 2016, murid tingkatan 2, 3 & 4 akan membentangkan projek-projek inovasi dan 5 projek inovasi terbaik daripada setiap tingkatan akan dipilih untuk bertanding pada pusingan akhir. Persiapan ruang pameran bagi pameran projek inovasi juga akan dijalankan pada tarikh ini.
Pada 17 November pula, penjurian 5 projek terbaik setiap tingkatan bagi kategori dalaman akan dijalankan. Penjurian kategori terbuka sekolah luar yang menyertai juga akan diadakan. Sekolah yang terlibat pada tahun ini adalah :-
1. Sekolah Tun Fatimah
2. Sekolah Menengah Sains Faris Petra
3. Sekolah Tunku Abdul Rahman
4. Sekolah Dato Abdul Rahman
5. Kolej Melayu Kuala Kangsar
6. Sekolah Sultan Alam Shah
7. Sekolah Seri Puteri
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Dato’ Dr. Zabawi bin Abd Ghani, Pengarah, Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti & Persekitaran, MARDI.

Recent Comments