Tahniah kepada puteri-puteri bongsu, Tingkatan 1/2017, kerana terpilih ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Untuk makluman tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 1 adalah pada 4 Januari 2017 bertempat di Dewan Perdana Puteri bermula jam 8.30 pagi.

Pakaian adalah baju sekolah menengah (baju putih, kain biru muda, bertudung putih dan berkasut hitam). Mohon kerjasama semua ibu/bapa/penjaga melengkapkan Buku Tawaran Kemasukan Murid ke Sekolah Berasrama Penuh 2017.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila whatsapp Unit HEM di talian 018-2841733.