Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini ingin merakamkan TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua warga SBP atas pencapaian cemerlang dalam Kajian TIMSS 2015. Kajian ini mendapati 86.92% dari 1689 murid SBP berjaya mendapat skor 550 dan ke atas bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Skor ini adalah melebihi skor purata pencapaian Malaysia 465 (Matematik) dan 471 (Sains) dan cetre-point antarabangsa 500 yang ditetapkan oleh OECD.  

Bersama ini disampaikan senarai nama dan angka giliran murid yang berjaya mencapai skor cemerlang. Murid ini akan dianugerahkan dua (2) mata tambahan bagi markah kokurikulum cemerlang peringkat antarabangsa yang menjadikan 10 mata keseluruhan. Semoga PdP Terus Perkasa di SBP.

Tahniah kepada 24 orang calon TIMSS, dari SSP Cyberjaya yang telah berjaya!