Untuk makluman Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 14 Februari 2018
Hari : Rabu
Waktu Pendaftaran : 8.30 pagi
Waktu Mesyuarat : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Puteri Perdana
Murid yang ibu bapa nya hadir, akan diberikan 1 outing percuma sebagai insentif atas sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Ibu bapa diminta untuk memuat turun aplikasi QR Code Scanner pada telefon pintar masing-masing untuk mengimbas kehadiran ibu bapa pada hari tersebut.
Murid dibenarkan untuk balik bermalam Cuti Tahun Baru Cina bermula jam 12.00 tengahari, 14 Februari – 19 Februari 2018.
Mohon kerjasama semua ibu bapa untuk mengatur perjalanan anda pada 19 Februari 2018, hal ini untuk mengelakkan kelewatan menghantar anak ke sekolah sebelum jam 6.00 petang.
Nota : Tiada Perkampungan Ilmu atau Kelas Tambahan semasa Cuti Tahun Baru Cina ini.
Terima kasih dan harap maklum.
Recent Comments