Untuk makluman Cuti Pertengahan Penggal II dan Cuti Hari Raya Aidiladha akan bermula pada 18 – 26 Ogos 2018 dan murid dibenarkan balik bermalam selepas selesai Bicara Akademik pada hari Jumaat 17 Ogos 2018.
Bicara Akademik akan bermula jam 9.00 pagi – 12 tengahari. Ibu/bapa/penjaga yang hadir, boleh membawa anak pulang setelah selesai berjumpa guru subjek bagi kelas anak masing-masing.
Murid yang ibu/bapa/penjaga tidak hadir, boleh datang mengambil anak, selepas jam 2.00 petang.
Untuk makluman, trip sekolah juga disediakan bagi negeri-negeri berikut :-
– Perak
– Kedah
– Penang
– Terengganu
– Kelantan
– Pahang
Mohon ibu/bapa/penjaga merancang perjalanan dan menghantar murid ke sekolah pada 26 Ogos 2018 sebelum jam 6.00 petang.
Recent Comments