SELAMAT DATANG PUTERI-PUTERI HARAPAN TINGKATAN 1/2020.
Berikut merupakan makluman PENTING kepada ibu bapa murid Tingkatan 1/2020 yang akan mendaftar pada 7 Januari 2020 :
- Ibu bapa diminta menyediakan slip gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP dan borang-borang yang telah dimuat turun melalui QR CODE yang telah dilengkapkan untuk diserahkan di Kaunter Urus Setia.
- Ibu bapa perlu memuat turun aplikasi Telegram di telefon bimbit masing-masing. Hal ini kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram Tingkatan 1/2020.
- Murid perlu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
- Para ibu bapa juga diminta untuk berpakaian sopan.
Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Sebarang kemusykilan dan kekangan, bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran.
Recent Comments