Sukacita dimaklumkan pasukan SSP ke SBP’s STEMulate Fest 2020 telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori STEM/STREAM peringkat kebangsaan yang mempamerkan projek Everyone Can Create – CCP dan Siri Animasi KBAA.

Tahniah kepada para peserta yang juga Apple Tech Leaders iaitu Addlyn Alyssa Bt Addylly Faisal (4P) dan Ameera Sarah Bt Rostam (3I) dan guru pengiring merangkap pengurus booth, Ustaz Mukhtar Abd Hamid.

Sejambak terima kasih kepada Dr Adzuhaidah dan Pn Azizah, selaku jurulatih peserta dan penyelaras projek animasi KBAA

Terima kasih kepada Puan Pengetua atas khidmat nasihat, keprihatinan, sokongan dan idea-idea bernas yang dikongsikan.

Tahniah & terima kasih warga SSP!!

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.