Makluman kepada semua calon PKSK di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Sila ambil maklum perkara-perkara berikut :-

PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.30 am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am

PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.30 am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm

PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm

Beberapa makluman penting :-

  1. Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada 12 – 14 Oktober 2020 sahaja.
  2. Pakaian adalah pakaian sekolah.
  3. Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran dan slip menduduki ujian yang telah dicetak.
  4. Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
  5. Telefon bimbit dan sebarang peranti elektronik (selain kalkulator) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa ke bilik ujian.
  6. Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
  7. Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.

Berikut merupakan S.O.P yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :

  1. Hanya seorang waris sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid di lobi sekolah.
  2. Waris dan murid DIWAJIBKAN memakai pelitup muka.
  3. Waris dan murid berhenti di Pondok Pengawal dan melakukan perkara berikut :-

a. Mengambil suhu (sekiranya bergejala dan suhu melebihi 37.5, waris dan murid akan diminta pulang ke rumah dan memaklumkan kepada PPD Sepang)

b. Imbas mySejahtera (untuk waris sahaja)

  1. Waris kemudian menurunkan murid di lobi sekolah. Hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk turun ke lobi.
  2. Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat (rujuk maklumat di atas)
  3. Waris perlu mengulang langkah a dan b semasa masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil murid di lobi sekolah.

Harap maklum dan terima kasih.