Dimaklumkan bahawa Puan Norsham Binti Noordin AAP, Pengetua Sekolah Menengah Sains Banting telah dilantik sebagai Pengetua, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bermula 17 Disember 2020 menggantikan Puan Roslina Ahmad yang bersara wajib pada 16 Disember 2020.

Warga SSP Cyberjaya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Roslina Ahmad atas sumbangan dan jasa memimpin SSP Cyberjaya selama beliau berkhidmat di sini.

Selamat Datang Puan Norsham Binti Noordin AAP