
UNESCO, dengan kerjasama Persatuan Pencetak Eko Indonesia (AEPI), Yayasan L’Oréal melalui perkongsian UNESCO L’Oréal for Women in Science and Loves Back menganjurkan pertandingan video tanpa suara untuk pelajar (berumur 15 hingga 19 tahun di Negara-negara Asia Tenggara, kanak-kanak perempuan digalakkan untuk mengambil bahagian).
Tema Pertandingan video Pendek-tanpa suara ini adalah “Persekitaran Lestari semasa Pandemik COVID-19”. Video ini tidak boleh mengandungi kata-kata atau narasi yang diucapkan sehingga dapat difahami secara universal tanpa terjemahan. Video tersebut harus memaparkan idea, projek, aktiviti atau kempen pelajar untuk mempromosikan tindakan lestari untuk alam sekitar semasa wabak ini selari dengan aspirasi UNESCO.
Terdapat 370 video yang dipertandingkan.
Sukacita dimaklumkan kedua dua pasukan SSP telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan UNESCO Short Silent Video Competition 2021 ini. Pemenang 3 terbaik akan dimumkan pada 4 Julai 2021.


Recent Comments