Pada 1- 6 Februari 2020, bertempat di Eastin Hotel Makassan, Bangkok Thailand, Sekolah Seri Puteri, diwakili oleh : 5 orang murid Tingkatan 5 iaitu : Amaaney Sofea Zulqarnain – 5U, Erin Hazelina Binti Ismail – 5P, Nur Aleya Binti Shamsul Fahmie – 5P, Siti Husna Adny Binti Adlind Fatani – 5P dan Nuraini Amirah Binti Khaironi Yatim – 5T telah menyertai Pertandingan 1st International Conference on Creativity and Innovation ( ICCI 2020).

Di pertandingan ini, pasukan R&D diberikan peluang untuk mempamer dan bersaing dengan inovasi dan produk dari peserta-peserta seluruh dunia. program ini memberikan peluang kepada murid-murid dan guru untuk menandaraskan standard R&D antara bangsa dan membuka minda terhadap peluang dalam dunia R&D. Diharapkan program ini akan memberikan impak terhadap merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan bersaing di peringkat global. 

Dalam program International conference, SSP mendapat Gold untuk Puteri Charm, Silver Untuk Adios Insect.