Makluman kepada semua calon PKSK di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Sila ambil maklum perkara-perkara berikut :-

PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.30am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am

PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.30am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm

PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm

Beberapa makluman penting :-

Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada  21 dan 22 JUNE 2022 SAHAJA.

Pakaian adalah pakaian yang sopan.

Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran, slip menduduki ujian dan Borang Deklarasi Kesihatan yang telah di isi dan dicetak.
Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
Telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa dan diatas tanggungjawab sendiri.

Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.

Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.

Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :

Waris  dibenarkan masuk dengan kenderaan ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid di lobi sekolah.

Waris dan murid DIWAJIBKAN memakai pelitup muka.

Hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk turun ke lobi.

Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat.(Rujuk jadual masa diatas)

Berhubung semakan pusat pksk, penjaga dan murid boleh membuat semakan di :

https://sites.google.com/moe.gov.my/sst3bpsbp/home

Harap maklum dan terima kasih.