Tahniah diucapkan kepada semua murid tingkatan 1 kerana terpilih menjadi warga Sekolah Seri Puteri.

Berikut merupakan makluman penting pendaftaran untuk tindakan ibu bapa murid Tingkatan 1/2023:

Tarikh: 27 Mac 2023
Hari: Isnin
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Puteri Perdana

NOTA:
1. Ibu bapa diminta menyediakan slip gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu memuat turun aplikasi Telegram di telefon bimbit masing-masing. Hal ini kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram SSP : PENDAFTARAN T1 2023

https://t.me/+LO1Ew1giW5MzNGNl

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid menjadi warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Sebarang kemusykilan dan kekangan, bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran.

Terima kasih.

MOULDING INNOVATIVE LEADERS OF TOMORROW