

Pada 11 Julai 2023, Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2022 telah berlangsung meriah di Auditorium, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Majlis ini dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pengiktirafan tertinggi kepada murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas usaha untuk memperkasakan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran.
DUTA juga bertepatan dengan hasrat KPM untuk memperkasakan pendidikan digital.

Sekolah Seri Puteri telah dinobatkan dengan beberapa kemenangan :
π JOHAN Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (Sekolah Menengah) Sekolah Seri Puteri
πJOHAN – NICTSED 2022 – Sekolah Seri Puteri
(Amanda Khan Binti Nazim Khan, Nik Nurhana Damia Binti Yunaidi, Nadratul Insyirah Binti Mohd Nazomi)
π JOHAN – Pembangunan Apps Men Atas – Sekolah Seri Puteri
π JOHAN – Pembangunan Apps Men Rendah – Sekolah Seri Puteri
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi buat semua puteri puteri.
Recent Comments