Alhamdulillah, kemenangan NICTSeD pada Tahun 2023 telah berpihak kepada Sekolah Seri Puteri.
Tahniah diucapkan kepada Nadzratul Insyirah Binti Muhammad Nazomi , Khairatul A’ulya Binti Khairul Anwar dan Aaeisyah Binti Haniff yang telah berusaha bersungguh sungguh dan mencapai kecemerlangan di pentas akhir NICTSeD. 

Sekolah Seri Puteri diumumkan sebagai johan NICTSeD 2023 , diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Selangor sebagai naib johan dan SMK Kota Kemuning di tempat ketiga.

NICTSeD dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.