Sekolah Seri Puteri telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada empat orang murid tingkatan 3 (Alpha) ke pertandingan Petrosains RBTX Challenge 2023 yang dijalankan bermula Mei hingga 26 Oktober 2023.

Pasukan inovasi ini telah menghantar satu cadangan projek inovasi bagi kategori Innovation Advance. Daripada sejumlah 1795 penyertaan yang mana ianya terdiri daripada penyertaan dari dalam dan juga luar negara, cadangan projek inovasi mereka telah terpilih sebagai 10 buah projek terbaik finalis akhir sekaligus perlu mempertandingkan prototaip projek di pentas akhir Petrosains RBTX Challenge 2023 pada 25-26 Oktober 2023.

Nama projek : Water POVENT Device (peranti ioT pengesan pencemaran sungai)
Nama pasukan : ALTHEA
Guru penasihat : PN NURHAFIZAH BINTI KAMARUDDIN
Ahli pasukan :

  1. NOR INARA MARISSA BT NOR ZAMRI, 3U
  2. NUR DIYANA NAJYA BINTI MOHD FAKRI, 3I
  3. NURQASIH AISHA BINTI MAZLIHISHAM, 3T
  4. MARSYA MAISARAH BINTI SAIFUL NIZAM, 3U

Alhamdulillah, pasukan ALTHEA telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat PERTAMA kategori Innovation Advance dan berjaya membawa pulang wang hadiah berjumlah RM2500 berserta sijil pencapaian.

Pasukan ALTHEA juga telah menerima jemputan daripada penaja utama pertandingan Pertrosains RBTX Challenge 2023 iaitu OPITO bagi menyertai OPITO Global 2023 yang akan berlangsung pada 6-8 November ini di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur.