1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang  berminat untuk mengendalikan kantin sekolah  ini bagi tempoh mulai dari 01 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026 (maksima 24 bulan).

2. Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH”    di bahagian atas sudut kiri. 

Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan, hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum      25 Oktober Jam 12 tengahari.

3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja) dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama, pengetua/guru besar , ‘Pengetua Sekolah Seri Puteri Cyberjaya’.

Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya.

4. Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 02 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024 pada waktu pejabat secara PERCUMA.

Jumlah anggaran murid untuk tahun 2025 adalah seperti berikut : 

Jumlah murid Melayu = 900
Jumlah murid Cina = –
Jumlah murid India = –
Lain-lain = –
Jumlah guru = 72
Jumlah kakitangan = 24

Keputusan jawatankuasa sebut harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.