Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat menyaksikan video multimedia
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi ke-49
Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bagi tahun 2020.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan para guru yang telah berusaha gigih mendidik dan membimbing anak-anak era globalisasi dan liberalisasi ini. Mudah-mudahan, dengan sokongan jitu para ibu bapa dan guru-guru, Sekolah Seri Puteri akan terus mengecap kejayaan yang cemerlang.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan penyediaan video multimedia Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 2020 Sekolah Seri Puteri yang ke – 49. Syabas diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang mengambil alternatif menggunakan aplikasi komunikasi secara dalam talian untuk meraikan hari bermakna ini.
Recent Comments