HAMILIYA BINTI MUSTAFA merupakan seorang guru Matematik dan Matematik Tambahan yang sentiasa bersemangat.  Beliau telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 21 tahun; semenjak tahun 2001 sehingga sekarang.  Sejak diperkenalkan dengan iPad pada tahun 2018 ketika mula berkhidmat di Sekolah Seri Puteri, beliau sentiasa teruja untuk meningkatkan kemahiran menggunakan peranti ini di dalam kelas bersama murid-murid. 

Perintah Kawalan Pergerakan telah membakar semangatnya untuk mencari jalan keluar, menyampaikan ilmu kepada murid-murid secara lebih berkesan.  Setakat ini beliau telah memuat-naik sebanyak 28 video Pendidikan dalam saluran Youtube (https://www.youtube.com/HAMILIYA) miliknya untuk membolehkan video-video pengajaran itu dimanfaatkan bukan sahaja oleh murid-murid dalam kelas yang dibimbingnya malahan oleh semua murid diseluruh dunia amnya.

Sedikit pandangan beliau terhadap Teknologi.

“Today our students are scattered everywhere.  They are not confined in school compounds and classrooms. Teachers must equip themselves with knowledge on technology to reach out to them more effectively and efficiently due to the flexibility of online engagement. Thus, technology enables learning everywhere.  I believe that technology will not replace teachers, but teachers who use technology will replace those who do not.”

Cikgu Hamiliya sedang membina bahan dengan menggunakan iPad.