Makluman kepada semua calon PKSK di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Sila ambil maklum perkara-perkara berikut :-
PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.15 am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am
PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.15 am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm
PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm
Beberapa makluman penting :-
Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada :
PKSK TINGKATAN 4:
26/1/23,30/1/23,31/1/23 dan 01/2/23.
PKSK TINGKATAN 1:
07/2/23,08/2/23,09/2/23,13/2/23,14/2/23,15/2/23 dan 16/2/23.
- Pakaian adalah pakaian yang sopan.
- Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran, slip menduduki ujian dan Borang Deklarasi Kesihatan yang telah di isi dan dicetak.
- Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
- Telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa dan diatas tanggungjawab sendiri.
- Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
- Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.
- Murid yang menduduki ujian pada sesi 3, diminta untuk menyelesaikan solat zuhur di luar sebelum datang mendaftar.
Berikut merupakan S.O.P yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :
- Waris dibenarkan masuk dengan kenderaan ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid di lobi sekolah.
- Waris dan murid DIWAJIBKAN memakai pelitup muka.
- Hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk turun di lobi sekolah.
- Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat (rujuk maklumat di atas).
Harap maklum dan terima kasih.
Recent Comments