SELAMAT DATANG PUTERI-PUTERI HARAPAN TINGKATAN 1/2022 (AMBILAN 03)

Berikut merupakan makluman PENTING kepada ibu bapa murid Tingkatan 1/2022 Ambilan 03 yang akan mendaftar pada Selasa, 28 Jun 2022 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat :

  1. Ibu bapa diminta menyediakan slip gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP dan maklumat yang diperlukan.
  2. Ibu bapa perlu memuat turun aplikasi Telegram di telefon bimbit masing-masing. Hal ini kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram Ting 1/2022.
    Link Channel Telegram :
    https://t.me/+lwXjTCrPgsU3YTg9

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid menjadi warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Sebarang kemusykilan dan kekangan, bolehlah berurusan dengan pihak pentadbiran.

ATUR CARA:

10.00 PAGI
Pendaftaran kelas, kamar, rumah sukan dan koperasi

11.00 PAGI
Taklimat Pengetua

12.00 TGH
Pengurusan diri di asrama

1.00 TGH
Bersurai

Sekian, terima kasih.