Tahniah diucapkan kepada anak/puteri tuan/puan kerana terpilih sebagai murid tingkatan 4 Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Berikut merupakan makluman  penting berkaitan pendaftaran untuk tindakan tuan/puan/ ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 4/2023:

Tarikh: 27 Mac 2023
Hari: Isnin
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Puteri Perdana

Lain-lain pemakluman/pemberitahuan akan disalurkan melalui channel ini dari semasa ke semasa.
Warga kerja SSP akan sentiasa membantu untuk memudahkan urusan puteri tuan/puan, in syaa Allah.

NOTA:
1. Ibu bapa diminta menyediakan Slip Gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.

2. Ibu bapa juga perlu memuat turun aplikasi TELEGRAM di telefon bimbit masing-masing. Hal ini kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram SSP:PENDAFTARAN T4 2023

https://t.me/+27jGqc3TQMM3MDdl

Pihak sekolah turut mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan murid menjadi warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Terima kasih.

MOULDING INNOVATIVE LEADERS OF TOMORROW