بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENDAFTARAN PUTERI-PUTERI CEMERLANG TINGKATAN 1 dan 4 TAHUN 2024

Tahniah diucapkan kepada anak/puteri tuan/puan kerana terpilih sebagai murid Tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Berikut merupakan makluman  penting berkaitan pendaftaran untuk tindakan tuan/puan/ ibu bapa/penjaga murid Tingkatan 1 dan 4/2024:

Tarikh   : 18 Mac 2024

Hari       : Isnin

Masa    : 9.00 pagi

Tempat: Dewan Puteri Perdana

Lain-lain pemakluman/pemberitahuan akan disalurkan melalui channel telegram ini dari semasa ke semasa.

Warga kerja SSP akan sentiasa membantu untuk memudahkan urusan puteri tuan/puan, in syaa Allah.

NOTA:

1. Ibu bapa diminta menyediakan Slip Gaji, Buku Tawaran Kemasukan SBP, laporan kesihatan dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk diserahkan semasa hari pendaftaran.

2. Ibu bapa juga perlu memuat turun aplikasi TELEGRAM di telefon bimbit masing-masing. Hal ini demikian kerana hebahan maklumat sekolah dilakukan menerusi Channel Telegram.

Pautan Channel Telegram  Ting. 1:

https://t.me/+tApoodc0aVcyNTc1

Pautan Channel Telegram  Ting. 4:

https://t.me/+9Os8vHpCp-JhZTg1

Pihak sekolah turut mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan murid menjadi warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Terima kasih.

Moulding Innovative Leaders Of Tomorrow