Makluman kepada semua calon PKSK di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Sila ambil maklum perkara-perkara berikut :-

PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.15 am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am

PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.15 am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm

PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm

Beberapa makluman penting :-

Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada :

PKSK TINGKATAN 4:
23 Sept 2024 sehingga 26 Sept 2024.

PKSK TINGKATAN 1:
7 Okt 2024 sehingga 10 Oktober 2024.

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap calon :

  1. Memakai pakaian rasmi sekolah.
  2. Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran serta slip menduduki ujian.
  3. Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
  4. Telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa dan diatas tanggungjawab sendiri.
  5. Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
  6. Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.
  7. Murid yang menduduki ujian pada sesi 3, diminta untuk menyelesaikan solat zuhur di luar sebelum datang mendaftar.

Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :

  1. Waris dibenarkan masuk dengan kenderaan ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid di lobi sekolah.
  2. Hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk turun di lobi sekolah.
  3. Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat (rujuk maklumat di atas).

Harap maklum dan terima kasih.