Alhamdulillah, satu lagi kejayaan manis buat Sekolah Seri Puteri (SSP) apabila pasukan SSP NICTSeD 2026 berjaya membolot DUA ANUGERAH PENTING dalam Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Peringkat Kebangsaan (NICTSeD) 2026 – CyberSAFE® Challenge Trophy 2026 yang telah berlangsung pada 10 September 2026 bertempat di Dewan Besar, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

🏆 JUARA KESELURUHAN NICTSeD 2026

🏆 PEMENANG ANUGERAH BEST SLIDE DECK

Kejayaan ini telah dilakar oleh tiga puteri hebat SSP:

EMILYN AYRA BINTI KHAIRUL HISHAM – 4 USAHA

ALIA SAFIYYAH BINTI MOHD MUNIR– 4 TEKUN

NURUL HUMAIRA BINTI SHARI – 3 RESTU

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga puteri atas usaha, komitmen, kreativiti dan semangat juang yang luar biasa sehingga berjaya mengharumkan nama SSP di pentas kebangsaan. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada Puan Pengetua, barisan pentadbir, rakan-rakan guru, YDP PIBG serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan memudahkan segala urusan serta latihan para puteri SSP NICTSeD 2026.

💐 Kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi hasil daripada usaha, kerjasama dan sokongan seluruh warga SSP.

Lebih istimewa, kejayaan manis ini menggamit kembali memori dan mengulangi sejarah kejayaan SSP dalam NICTSeD 2023. 

Sebuah legasi yang membuktikan bahawa puteri-puteri SSP mampu terus melangkah jauh, berani bersaing dan mencipta kecemerlangan di peringkat kebangsaan. 🇲🇾✨

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi puteri SSP yang seterusnya untuk terus mencipta sejarah, mengharumkan nama sekolah dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Tahniah SSP Juara NICTSeD 2026!