
MAKLUMAN PKSK TINGKATAN 1 2027
Makluman kepada semua calon PKSK di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada :
PKSK TINGKATAN 1:
14,15,19, 20 Oktober 2026.
Sila ambil maklum sesi-sesi berikut :-
PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.30 am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am
PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.30 am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm
PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.40 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm
(Murid perlu menyelesaikan solat zuhur terlebih dahulu sebelum hadir ke sekolah)
Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap calon :
- Memakai pakaian rasmi sekolah.
- Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran serta slip menduduki ujian.
3.Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
4.Telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa dan diatas tanggungjawab sendiri.
5.Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda.
6.Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.
7.Murid yang menduduki ujian pada sesi 3, diminta untuk menyelesaikan solat zuhur di luar sebelum datang mendaftar.
Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :
a) Waris dibenarkan masuk dengan kenderaan ke kawasan sekolah untuk menurunkan murid di lobi sekolah.
b) Murid yang hadir sesi 1 – 7.30am, waris perlu menurunkan murid di kawasan fountain(sebelum lobi) untuk memberi laluan kepada guru dan staf thumbprint kehadiran di lobi sekolah.
c) Hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk turun di lobi sekolah.
d)Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan hadir semula selepas sesi tamat.
Harap maklum dan terima kasih.
Recent Comments