PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan menganjurkan Program Keibubapaan Khas Untuk Ibu Bapa Murid Tingkatan 1 Ambilan 1 Tahun 2016. Program akan berlangsung di Dewan Perdana Puteri, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari pada Jumaat, 22 Januari 2016. Majlis akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Censolar – Hal Ehwal Pelajar, Univeriti Pertahanan Nasional Malaysia. Program ini dianjurkan khusus oleh PIBG bagi memberikan ruang dan peluang kepada ibu bapa murid Tingkatan 1 untuk memahami akan cabaran dan permasalahan yang akan dihadapi oleh anak-anak khususnya dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di asrama. Ibu bapa/penjaga boleh membawa anak pulang bermalam Cuti Thaipusam, setelah selesai program ini. Kerjasama semua ibu bapa amat dihargai.
Categories
Recent Posts
- MAKLUMAN PKSK TINGKATAN 1 (KEMASUKAN 2027)
- SSP NICTSeD CHAMPION 2026!
- Permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan Tahun 2027 kini dibuka
- Innovation World Cup (IWC 2026) dan International Invention & Innovation Competition (I3C 2026) Jakarta, Indonesia
- Majlis Anugerah Duta 2025
Recent Comments