Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada puteri-puteri SSP  yang telah menyertai Pertandingan World Youth STEM 2026 di Bangkok ,Thailand.

Pertandingan yang diadakan pada 29 Januari sehingga 02 Februari 2026 ini dibawah penganjuran Malaysia Young Scientist Organization (MYSO).

Alhamdulillah Kumpulan  Hydralis yang terdiri daripada Mawaddah Binti Mohd Muzammil dan Ayra Nabila Binti Khairul Salleh telah memenangi Anugerah Emas manakala Kumpulan SCORPIO yang terdiri daripada Aira Husna Binti Saiful Anuar, Nur Dinah Batrisyia Binti Azizul dan Nur Ain Darwisha Binti Adnan memenangi Anugerah Silver.

Puteri-puteri SSP juga berpeluang menghadiri Majlis Diplomasi & STEM; Memperkasa Inovator Muda Merentas Sempadan bersama Kedutaan Malaysia di Bangkok.Turut hadir bersama ialah  murid Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) serta MRSM Muar, Johor. 

Semoga sesi pertemuan ini memberi satu pengalaman bermakna kepada puteri-puteri SSP.

Terima kasih atas kerjasama pihak sekolah dan Ibu-bapa dalam menjayakan pertandingan ini.