Makluman Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh .
Kepada semua calon yang menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil maklum :-
- Tarikh ujian di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya adalah pada 12 – 15 Disember 2017 sahaja.
- Pakaian adalah pakaian sekolah rendah.
- Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran dan slip menduduki ujian yang telah dicetak.
- Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
- Telefon bimbit dan sebarang peranti elektronik (selain kalkulator) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa ke bilik ujian.
- Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
- Pendaftaran sesi 1 : 7.00 am – 7.45 am.
- Pendaftaran sesi 2 : 10.00 am – 10.45 am.
- Pendaftaran sesi 3 : 1.15 pm – 2.00 pm.
- Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya.
Terima kasih.
Recent Comments